Perkhidmatan Di Rawatan Alternatif Mahsuri.
Terapi Saraf adalah salah satu urutan moden tanpa meninggalkan kesan sakit dan tidak menggunakan sebarang minyak urut.Untuk keterangan anda boleh klik dibahagian berkenaan.
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk di bawah sila klik pada gambar yang berkenaan. Ubat yang disediakan bebas dari dadah dan alkohol. Kami hanya menggunakan tenaga gelombang yang berlawanan frekuansi supaya kewujudan tenaga penyakit dapat dimusnahkan. Jadi anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan (side-effect) untuk jangkamasa panjang.BELI SECARA ONLINE
PROMOSI DI RAWATAN ALTERNATIF MAHSURI
Pusat Rawatan Alternatif Mahsuri mengadakan promosi Terapi Saraf+Ubat.Sekiranya anda berminat untuk mencuba,anda boleh layari laman web kami http://www.terapisaraf.com/diskaun_terapisaraf.pdf@ menghubungi kami secara terus di 013-3712334 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Kencing Manis-Punca Dan Rawatan Pilihan
Kencing manis – Siapa yang tidak pernah mendengar? Malah, kencing manis (DM) seolah-olah menjadi bahasa universal untuk gula dalam darah tinggi.
Berjuta-juta orang didiagnos dengan kencing manis, satu fakta yang benar-benar mendapat banyak perhatian daripada pakar-pakar penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Komplikasi kencing manis boleh, selepas semua, menyebabkan masalah kesihatan yang serius yang menyebabkan kematian.
Klasifikasi Am
Kencing manis secara umumnya kepada tiga jenis:
RAWATAN PENYAKIT SLE (SISTEM LUPUS ERITEMATISUS)
SYSTEMIC Lupus Erythematosus (SLE) atau lupus masih asing di kalangan penduduk di negara ini sehinggalah kisah penyakit ini mula mendapat perhatian sekitar Mei 2005.Ketika itu seluruh negara menjadi gempar dengan kisah seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cahaya Gemilang, Cherating, Pahang, iaitu Nuraini Abu Bakar yang telah diserang penyakit kulit yang teruk dan agak ganjil.
Akhirnya persoalan terjawab apabila Nuraini telah disahkan menghidap SLE atau lupus.
SLE adalah sejenis penyakit kronik auto imun di mana antibodi dalam tubuh pesakit sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tetapi tiba-tiba ‘berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia.
Secara jelasnya, penyakit ini menganggu sistem imun badan (daya tahan badan) di mana sistem imun itu sendiri yang akan bertindak untuk melawan pada bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.
Penyakit Pelupa (Alzheimer)
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.
Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan
Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah
Anaemia Penyakit Kurang Darah
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Anaemia adalah sejenis penyakit yang boleh dikategorikan kurang darah didalam sistem badan.Kebiasaan orang yang menghidapi anaemia sentiasa dalam keadaan yang kurang stabil.Ini kerana metabolismenya tidak sampai ke tahap yang normal disebabkan circulation darah ke saraf otak lambat dan akan melemahkan antibodi badan.Seseorang yang menghidap anaemia biasanya akan sentiasa mengalami
- Pening
- Pitam
- Lemah otot
- Cepat Penat
Penyakit anaemia berkait rapat dengan sistem peredaran darah dan boleh membuatkan seseorang hilang kawalan untuk menyeimbangkan sistem badan sendiri.Seseorang yang mengalami anaemia juga sering kelihatan pucat kerana oksigen tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk sampai ke otak.Banyak yang boleh disangkut pautkan dengan anaemia dan kalau tidak diberi perhatian ia akan membawa bahaya pada seseorang.
Masalah ini juga mudah berlakunya kepada wanita hamil kerana kadar antibodi yang tidak stabil.Kalau tindakan awal tidak diambil ia akan membahayakan kandungan dan membawa banyak masalah ketika ingin bersalin.Kebiasaanya ketika waktu bersalin rahim akan lambat mengejut selepas proses kelahiran dan akan membuatkan seseorang itu tumpah darah.
Dendam Yang Perlu Di Leraikan
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Dendam adalah salah satu sifat yang pada mulanya hanya ketidak puasan pada apa yang berlaku keatas diri seseorang.Individu yang mempunyai sifat dendam kebiasannya ia tidak dapat melupakan kisah silamnya mungkin padanya terlalu perit ditanggungi.Sifat ini pada mulanya ia terjadi apabila tidak dapat memaafkan dan meredhakan keadaan disekeliling dan hanya melayan emosi geram tanpa pedulikan akibatnya dan terus disimpan didalam kotak perasaan sehingga menjadi bara.
Mungkin sesetengah mengatakan memang mudah untuk melafazkan maaf tapi yang menaggung ini tiada siapa yang tahu.Memang benar apa yang dikatakan namun berfikirlah bahawa siapa kita pulak disisi ALLAH,kalau ingin di nilaikan kita dengan kebesaran ALLAH kita tiada kuasa untuk menghukum seseorang kerana apa yang kita lakukan mungkin akan menambahkan dosa kepada ilahi.Dendam adalah salah satu sifat yang di murkai oleh ALLAH dan kerana dendamlah Nabi Adam dan Hawa diletakkan ke dunia.
Dengan teladan sebegini masih ada yang kurang faham dan ingin melayan kerenah tanpa berusaha untuk melupakan simbol dendam yang utama.Tidak semestinya apa yang berlaku pada seseorang akan berlaku pada yang lain kerana kita manusia tidak berhak untuk melawan kekuasaan ALLAH.Sejauh mana ingin kita mengawal keadaan disekeliling hanya kerana ketakutan yang menghantui bayang-bayang sendiri sehingga menjadi bara dendam kemarahan di suatu ketika dahulu mungkin sudah lapuk di pemikiran namun masih ada yang ingin mengungkaikan.Fahamilah musuh islam sentiasa ingin mencuba untuk menambahkan lagi bahana dendam itu agar kita terjerumus bersama dendamnya kepada anak nabi adam.
Rawatan Stroke
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Penyakit Stroke merupakan salah satu penyakit yang berpunca dari tekanan yang tidak terkawal.Punca Stroke boleh terjadi disebabkan oleh sesuatu regangan saraf yang disebabkan peredaran darah yang tidak lancar.Ia merupakan penyakit yang amat merbahaya pada sistem saraf yang boleh membuatkan seseorang tidak boleh bergerak dengan sepenuhnya.Bila berlakunya strok sistem peredaran darah akan bergerak terlalu lambat dan tidak seaktif seperti biasa ini kerana sel darah yang tidak boleh berkerja dengan keras tanpa bantuan saraf tertentu didalam badan.Stroke mudah menyerang apabila seseorang yang menghidapi
- tekanan darah tinggi
- Sakit sendi
- Lemah badan
- sakit Jantung
- Stress
- Kencing manis
Penyakit stroke ini sangat bersangkut paut dengan sistem saraf dan sel darah.Ia juga merangkumi bahagian otak iaitu sistem metabolisme manusia.Kebiasaannya bila seseorang diserang penyakit stroke apabila emosinya tidak dapat dikawal oleh minda dan sistem arteri pula hilang kawalan untuk melancarkan peredaran darah.Sakit Stroke juga mudah menyerang bagi wanita yang sedang hamil ini mungkin kerana hormon yang tidak terkawal atau yang sering mengalami tekanan.Serangan Stroke akan datang mendadak tanpa pengetahuan manusia terutamanya pada seseorang yang menghidapi penyakit darah tinggi yang terjatuh sehingga menyebabkan terhentak dibahagian yang tertentu.
ANAK DEGIL-BAGAIMANA INGIN MENGATASINYA?
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.
Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.
Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.
Tekanan Hidup Yang Sering Menghimpit
Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Di dalam sesebuah kemodenan memang tidak dinafikan bahawa ada yang perit perlu dilalui dalam kehidupan terutamanya ingin melayari keperluan dan memenuhi kehendak.Adakalanya dengan sibuk mengejar kesibukan dan berpusu-pusu mencari nafkah ada yang terleka tentang minda dan emosi.Walaupun kehidupan semudah dihujung jari hanya klik dan swipe untuk menjalankan traksaksi komitmen tetapi masih ada yang tertekan kerana kecuaian dalam menyelesaikannya ketika ada.Apabila jiwa semakin terganggu ia akan mempengaruhi semua sudut dan tekanan hidup terus menghimpit.
Hakikatnya banyak yang boleh dikaitkan dengan tekanan hidup terutamanya tentang ekonomi yang seperti di atas paling mudah dialami oleh masyarakat kini.Banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang tertekan tanpa ada pengawalan diri sehingga semakin hari semakin tidak ceria dan seronok.Dengan sifat tidak boleh melihat orang lain lebih dari diri sendiri itu adalah salah satu sifat yang hampir kepada tekanan kerana memaksa diri untuk mencari sumber kewangan walaupun tahu tidak berkemampuan.
Menurut kajian kami tekanan itu juga boleh wujud sekiranya kurang sokongan orang terdekat dalam usaha untuk mara ke hadapan demi mencari kejayaan.Ini mungkin berpunca dari ketidak kepercayaan seseorang hanya kerana kenangan yang mempamerkan kelemahan ketika dulu.Namun mereka tidak mengerti bahawa manusia boleh berubah dengan sekelip mata sahaja dan jika perlu kita harus menghulurkan bantuan dari sudut kemampuan walaupun hanya nasihat.keadaan ini boleh berkurangan kalau membuangkan sifat “bantah sebelum mula”.
Batuk Berkahak
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga
Di bahagian inilah permulaannya batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami
- gatal di bahagiaan tekak
- demam panas
-alergi yang tidak terkawal
- Selsema
- Batuk yang berleluasa



