Rawatan Alternatif Mahsuri


Tentang Mahsuri

Dalam memenuhi kehendak masa kini pelbagai teknik perubatan moden dan juga tradisional di perkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi dan juga peningkatan ilmu pendidikan. Selaras dengan itu, maka wujudlah perubatan rawatan secara metafizik. Rawatan ini telah diperkenalkan oleh Dr/Tabib  Abdul Ghani Mustapah dengan nama Rawatan  Alternatif Mahsuri.
Berasaskan minat dan juga ilmu yang ditimba di Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dan perubatan tradisional beliau telah memulakan perubatan sejak lima tahun lepas dengan permulaan konsep perubatan hanya dilakukan dirumah dan juga ke rumah-rumah pesakit. Konsep perubatan pada masa itu hanya tertumpu kepada bentuk spiritual sahaja.`
Bagaimanapun, Dr Ghani telah memperkembangkan lagi konsep rawatannya dengan pembukaan sebuah pusat rawatan pada bulan Oktober 2003. Penekanan difokuskan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ianya adalah satu kaedah yang berasaskan gabungan tenaga dalaman beserta ayat as-syifaq (doa). Gabungan dari kaedah inilah yang akan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang ada dalam diri setiap manusia. 
Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.
Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap
penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.
 
penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.
penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.
penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.
penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.
penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.
Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.
Rawatan yang dijalankan ini tidak terhad kepada jantina ataupun umur kerana ianya sesuai untuk semua peringkat. Kebiasaannya pesakit akan dirawat sehingga beberapa kali sehingga semangat mereka dapat dipulihkan semula. Ada diantara mereka yang mengalami masalah urat saraf, sakit puan atau tuan, histeria, lemah semangat , masalah rumahtangga, penyakit kronik dan lain-lain penyakit yang berkaitan emosi, fizikal dan spritual.      
    
Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan pil, minyak urut, ubat sapu, gel, air untuk mandian dan juga ubat-ubatan yang lain yang disertakan dengan doa as-syifaq. Ubat-ubat ini diberi mengikut
penyakit yang dihadapi. Bagi pesakit yang mengalami masalah rumahtangga, apa yang dilakukan bukanlah untuk meruntuhkan rumahtangga tetapi lebih kepada mengeratkan lagi kasih sayang kedua-dua mereka.        
Pada masa ini beliau mempunyai 6 orang pekerja yang mana 4 daripadanya menguruskan bahagian pemasaran diluar dan 2 orang membantu beliau di pusat rawatan. Dalam memperkembangkan lagi pusat rawatan ini, pelbagai usaha dijalankan seperti membuat promosi melalui iklan, edaran risalah, pemasaran dan promosi ke sekolah-sekolah.
Selain membuat rawatan, Dr Ghani juga turut memperkenalkan produk seperti ubat untuk minda yang mana ianya sesuai untuk semua peringkat usia. Produk ini sesuai untuk membentuk minda yang sihat dan cergas.
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: