Rawatan Alternatif Mahsuri


Buasir harus dielakkan.

Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.
Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.

 

Sebab-sebab berlakunya buasir

1)Tekanan- iaitu berlaku apabila seseorang berdiri atau duduk dalam masa yang lama.Ini kerana berlaku peningkatan tekanan yang menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

2)Sembelit-sembelit terjadi apabila najis yang besar dan kering diteran dengan kuat dan ini memerlukan tekanan yang kuat dan akan menyebabkan saluran venus di bahagian dubur mengalami tekanan yang lebih dan pembengkakan ini menyebabkan buasir terjadi.

3)Berat badan yang berlebihan juga akan dapat memberikan tekanan yang boleh menyebabkan buasir.

4)Perempuan mengandung – Semasa mengandung juga kita boleh terdedah dengan risiko mendapat buasir kerana berlakunya tekanan disebabkan oleh rahim yang semakin membesar dan semasa proses mengandung juga bekalan darah lebih banyak dari biasa dan ini dengan sendirinya memberkan tekanan kepada saluran venus lebih teruk lagi apabila semasa mengandung otot-otot menjadi lebih relaks disebabkan hormon semasa mengandung.

Cara Penjagaan unutuk penyakit Buasir

-Bagi mengelakkan kesakitan ketika buasir pesakit disyorkan kerap membuang najis dan pastikan najis tak keras serta menjaga kebersihan dubur.
-Untuk pastikan tidak sembelit pesakit di sarankan banyak minum air putih dan mengambil buah-buahn serta sayur sayuran.
-Untuk memastikan kebersihan pada kawasan dubur hendaklah di cuci lebih kerap dan mengunakan sabun dan air selepas membuang air dan pesakit juga boleh merendam diri dalam air suam untuk 2 atau 3 kali sehari.Selain itu juga garam mandian juga boleh digunakan untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: