Rawatan Alternatif Mahsuri


Penyakit Pelupa (Alzheimer)

Sumber Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.

Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan

Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah

Mereka juga mudah merasa rendah diri pada diri sendiri apabila mereka tahu kelemahan diri mereka.Pandangan penyakit alzheimer juga bercanggah dengan pihak yang normal kerana ini semua merangkumi daya pemikiran yang kurang berfungsi lebih jauh.Mereka juga tidak mengaku dan tegas dengan pendirian mereka walaupun dalam pada masa yang sama mereka tahu mereka salah.Ini berlaku disebabkan mereka inginkan di hargai dan mereka tidak mahu ditindas hanya dengan kelemahan mereka.

Dalam hal begini sememangnya mereka inginkan perhatian yang lebih dan juga tidak dinafikan bahawa mereka mempunyai jiwa yang memberontak.Alzheimer juga akan sering
* Mengamuk
* Membebel
* Murung
* Tidak dapat menerima nasihat orang lain

Yang diatas merupakan sesetengah sikap pesakit alzheimer yang kami kaji.Penghidap alzheimer kebiasaanya dialami oleh golongan orang yang berumur namun ada juga dialami bagi golongan muda.Ini kerana alzheimer bersangkut paut dengan daya pemikiran yang sering digunakan dalam kehidupan seharian.Bagi yang sudah nampak perubahan pada diri sendiri dan rasa macam terlupa sesuatu barang yang disimpan jadi haruslah bersikap tenang dan jangan terus memaksa.

Dengan penyedaran pada diri sendiri lebih mudah untuk mendapatkan jalan keluar yang terbaik kerana bagi pandangan pihak kami ‘Masa yang terbaik untuk berjumpa doktor ialah sebelum anda sakit’kerana sekurang-kurangnya dapat mencegah dari melarat.Bagi penghidap alzheimer jangan terus buntu untuk menyelesaikan masalah kerana setiap penyakit ada penawarnya.Hak manusia berusaha dan penyembuhan tetap hak ALLAH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: